
|
|
Sunday, 31 July 2011 | 10:12 pm | 0 comments
it has finally arrived!! My moments of the year is no longer a fantasy but a reality... OMG!!!!! percaye atau x,, dengan RASMINYA saya mengumumkan bahawa SMK SEMENCHU dari Wilayah Johor Bahru telah memenangi KUIZ MUTIARA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN di ASRAMA SRI SEMAI BAKTI FELDA,KUANTAN pada 30 JULAI 2011... TAHNIAH,Na Zhou Mei, Nur Izzati Rozman, Hak-kym Shitte Hakym,Arif Farhan....anda telah berjaya dengan cemerlang diatas doa ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, saudara-mara, jiran-jiran,orang-orang FELDA, dan allhamdulillah, usaha-usaha, keyakinan, iltizam, sokongan dan doa Hak-kym Shitte Hakym dan tawakal, serta pengorbanan guru-guru pembimbing..... TAHNIAH !!!! & TAHNIAH juga diucapkan kepada NAZURA UMIDA BINTI TUMIRAN (KC) kerana telah 'dinobatkan' sebagai PESERTA KUIZ TERBAIK dalam KUIZ MUTIARA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011... Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ | 3:18 pm | 0 comments
Comel tak ANGRY BIRD KC??? it's a birthday present from my special one.. <smiling widely> parents & adik KC p0n ada bagi hadiah jugak,, tapi ape hadiahnye,,, BIARLAH RAHSIA.. huhu~ ape p0n KC hepy sangat mase birthday uh,, thanks pada semua yang wish & bagi hadiah pada KC,, LUV U ALL SO MUCH... this ms8 is specially dedicated to:Wany,Fara,Izzati, my family,Hishamuddin & others.. Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ Saturday, 23 July 2011 | 10:18 pm | 0 comments
Assalamualaikum.. mom's made SPAGETTI.... tu la hidangan birthday adek KC, Nazir Ikmal, yang dah pun mencecah usia 8 tahun. SEDAPNYA!!!!! so ape lagi?? pergilah dapur sana & cook ur own spageti yaa.. tu jer yang KC nak share hari ni. malas nak taip panjang berjela coz dah tak sabar nak makan.. (spagetti uh macam memanggil2 KC jer dari tadi) hehe~ KC makan dulu... Assalamualaikum... Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ Wednesday, 13 July 2011 | 5:47 am | 0 comments
means: Semoga cepat sembuh, wahai ayah..Kenapa KC ckp cmny?? sebab skrg ayah KC tengah kt hospital,, saket ape xpayah la KC bagitahu ye.. (masa tulis post ny p0n KC tinggal sorang kt umah c0z yg lain gi ziarah ayah) bukan KC xnak pegi,,tapi ada la beberapa halangan yang xdapat dielakkan.. s0,ape2 p0n KC doakan abah (pggilan ayah KC) cepat2 sembuh & leyh cepat balik rumah ye.. visit0r2 p0n jangan lupa doakan tw... Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ Monday, 11 July 2011 | 3:54 am | 1 comments
Assalamualaikum..Maybe korang akan terpkir,,ape la KC ny,xde bende laen ke nak p0st,,asyik psal omwerk jek.. Wahai visit0r2 sekalian,, KC ny nak PMR,,memang la banyak omwerk.. lagi p0n,inilah funtion blog,, sebenanye p0st ny ditujukan khas untuk Fatin Nurnajihah, Nur Wannie, Arif Farhan & Nur Aimi Fathanah.. HARAP MAKLONG ye... s0,kalau korang rase x terlibat & malas nak bace p0st ny,,scr0ll aje laju2 ye.. (law nak bace ley jugk) Oii korang ber4 (nme2 yg ditaip di atas),, bace & hafal ny! Taming Sari (TS) :Siapa engkau maka terlintang di hadapanku ini? Tun Tuah (TT) :Akulah hulubalang raja Melaka. Syahadan akulah bernama laksamana,hulubalang pada Tanah Melayu,dan engkau siapa? TS: Akulah penjurit tua pada tanah Majapahit. TT: Engkau sudah membuat onar di negeri ini,maka binasalah dirimu. (Maka Tun Tuah pun menikam Taming Sari dengan keris panjangnya, kena tubuhnya rebah,tiada lut.) TT: (bercakap dalam hati) Apa yang dipakainya sehingga tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan. Jikalau demikian,baiklah kerisnya ini kuperdayakan. (dialog seterusnya pada perenggan ketiga m/s 35,, KC malas nk salin.. huhu) TS: Jikalau sungguh seperti katamu itu, marilah kerismu itu dahulu kulihat,supaya percaya. TT: (mengunjukkan kerisnya kepada Taming Sari) TS: Terlalu baik dengan kukuhnya dan tajamnya. TT: Kerisku ini baharu juga kutikamkan penjurit di hadapan betara Majapahit dan Patih Gajah Mada. TS: Sungguh seperti kata laksamana itu. Jika pakanira hendak akan keris manira ini,manira berikan; jikalau lain daripada laksamana tiadalah manira beri. (mengunjukkan keris Taming Sari kepada Tun Tuah yang lantas memekis serta menghunus keris itu.) TT: Cih,matilah engkau olehku sekali ini! Ha,aq da siapkan dialognye ny,,so ape lagi?? Hafal la... Arif jadi Tun Tuah,, aq narrat0r & Taming Sari????????? Labels: Sek0lah ZhouMi Sunday, 10 July 2011 | 4:45 am | 0 comments
hWa,,taj0k bukn maen lagi kn.. tapi karangan ape sebenarnye ny??ha,,ny la yang KC nak share ngn smua visit0r sekalian.. Hari jumaat lepas (8/7/2011),, Cikgu Mariyati ade bagi omwerk yg KC rase menarik sangat.. sampaikan KC rasa x sabar2 nk buat.. 0opS,CHOPP.. lupe lak nak bagitwu,, Cikgu Mariyati uh Cikgu Bahasa Melayu KC.. se0rang cikgu yang nampak lembut,,tp tegas tw..(hm,I like) ok,,back t0 my arguments,, eh,,my karangan la.. kali ny,Cikgu Mariyati swuh kte0wg (KC & students 3EK yg laen) murnikan karangan.. Soalannye: Sejak kebelakangan ini,hubungan kekeluargaan semakin berkurangan. Kebanyakan ahli keluarga sibuk mencari kekayaan berbanding dengan hubungan kekeluargaan. Nyatakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.. s0,nak twu camne KC murnikan karangan ny?? kena lah baca p0st ny sampai habis ya.. SELAMAT MEMBACA.. Karangan lama yang nak kne BOMbastikkan.. Hubungan kekeluargaan bermaksud hubungan silaturrahim sesama ahli dalam sesebuah keluarga. Hubungan kekeluargaan yang baik dapat digambarkan melalui pembentukan ahli keluarga yang bahagia. Terdapat beberapa langkah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Langkah yang paling utama ialah suasana mesra dalam kalngan ahlikeluarga sentiasa diwujudkan. Suasana mesra ini dapat dipupuk melalui interaksi dan komunikasi sesama ahli keluarga. Tradisi dan adab sopan hendaklah sentiasa dipelihara dengan baik.. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah saling menghormati antara satu sama lain. Tegasnya,suasana mesra yang sentiasa diwujudkan akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selain itu,peranan ibu bapa sebagai agen utama. Ibu bapa hendaklah memperuntukkan masa mengambil berat tentang keperluan dan kepentingan anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa dengan membawa anak-anak berhibur ke tempat-tempat yang menarik.Contohnya,,taman-taman rekreasi dan berkelah di tepi pantai pada hujung minggu atau pada musim cuti sekolah. Sememangnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Langkah seterusnya adalah dengan penganjuran projek gotong-royong. Sebagai contohnya, mengadakan majlis kenduri dan majlis perkahwinan. Majlis ini juga merupakan satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Apabila berlangsungnya suatu majlis perkahwinan, sanak-saudara akan berkumpul. Melalui cara ini secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Di samping itu, pemberian hadiah atau cenderamata untuk ahli keluarga juga merupakan langkah mengeratkan hubungan kekeluargaan. Langkah ini akan menjadikan sesama ahli keluarga merasakan diri mereka disayang dan dikasihi. Sebagai contoh,hadiah hari lahir, hadiah ulangbtahun perkahwinan dan hadiah meraikan kejayaan ahli keluarga. Hadiah yang diberikan tidak semestinya harganya mahal. Pemberian hadiah yang ikhlas dari ahli keluarga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Langkah yang seterusnya,sentiasa mengadakan perbincangan sesama ahli keluarga. Ibu bapa memainkan peranan dalam situasi ini kerana ibu bapa merupakan ketua keluarga. Tujuannya untuk membincangkan segala masalah yang timbul. Melalui cara ini,anak-anak dapat menceritakan masalah yang dialaminya sama ada dalam pelajaran atau perkara lain. Sokongan daripada ahli keluarga sangat penting dalam semua masalah. Maka,melalui cara ini juga hubungan kekeluargaan akan lebih terpelihara. Kesimpulannya, terdapat banyak langkah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Oleh itu,hubungan kekeluargaan ini hendaklah dibina kembali agar dapat berjalan seiringan dengan pemodenan hari ini. Hubungan kekeluargaan boleh dikaitkan dengan peribahasa yang mengatakan air dicincang tidak akan putus. Jadi,,setelah dib0m,, & dib0m,, & dib0m lagi..(ish,,da macam terr0rist la pulk.. ok2,KC tukar) Setelah diedit,, & diedit,, & diedit lagi,, inilah hasilnya.. Karangan tentang Hubungan Kekeluargaan ORIGINALLY made by Kakak Cantek.. Hubungan kekeluargaan boleh ditakrifkan sebagai hubungan silaturrahim sesama ahli dalam sesebuah keluarga. Pada era yang kian sempit dek perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi ini, kebanyakan insan bergelar ibu bapa lebih cenderung bersikap materialistik dan terleka dengan kemewahan duniawi sehingga nilai kekeluargaan semakin terhakis dalam kehidupan. Masalah ini bukan lagi sesuatu yang asing, malah sudah menjadi isu dominan yang acapkali dibicarakan oleh pelbagai pihak. Namun,tiada ubat yang tiada penawarnya, maka pedagosi-pedagosi yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi. Langkah yang paling prima adalah mewujudkan suasana mesra dalam kalangan ahli keluarga. Interaksi dan komunikasi yang baik merupakan kunci kepada lahirnya suasana mesra dalam kehidupan seharian. Tradisi dan adab sopan pula usahlah dilupakan kerana biar mati anak,jangan mati adat. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah saling menghormati antara satu sama lain khususnya terhadap orang yang lebih berusia. Izharnya, suasana mesra yang sentiasa diwujudkan akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang terbina. Selain itu,peranan ibu bapa sebagai agen utama dalam usaha membentuk peribadi anak-anak yang diumpamakan sebagai kain putih. Ibu bapa hendaklah melarikan diri seketika daripada lingkungan kesibukan di tempat kerja untuk memperuntukkan masa mengambil berat tentang keperluan dan kepentingan anak-anak yang sentiasa menagih perhatian dan limpahan kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa dengan membawa anak-anak mereka berhibur ke destinasi-destinasi tarikan pelancong. Tamsilnya,taman rekreasi dan berkelah di tepi pantai pada masa-masa tertentu spesifiknya pada hujung minggu atau semasa cthuti persekolahan. Aktiviti sebegini bukan sahaja memberi peluang untuk setiap ahli keluarga beristirehat,tetapi juga berupaya memapankan lagi hubungan kekeluargaan. Langkah seterusnya yang boleh dipraktikkan ialah penganjuran projek gotong-royong. Analoginya, mengadakan majlis perkahwinan dan majlis kenduri yang begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat di negara ini. Kebiasaannya,majlis ini akan diadakan pada musim cuti persekolahan. Sepanjang berlangsungnya sesuatu majlis, sanak-saudara akan berkumpul. Setiap orang sudah pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk berkongsi cerita dengan saudara-mara yang lain. Hal ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Di samping itu,pemberian hadiah atau cenderamata untuk ahli keluarga juga merupakan pedagosi yang boleh diamalkan demi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Meskipun pemberian sebegini dianggap sebagai sesuatu yang remeh,tetapi sebenarnya hadiah atau cenderamata yang diberikan itu akan menjadikan penerimanya merasakan diri mereka disayang dan dikasihi. Antara contoh hadiah yang boleh diberikan ialah hadiah hari lahir,hadiah ulang tahun perkahwinan dan hadiah meraikan kejayaan ahli keluarga. Apa yang penting bukanlah harga hadiah tersebut, tetapi keikhlasan si pemberi. Tegasnya,pemberian hadiah yang ikhlas daripada ahli keluarga berupaya mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Langkah yang seterusnya, sentiasa mengadakan perbincangan sesama ahli keluarga. Inisiatif ini dilakukan bertujuan untuk membincangkan serta mencari jalan bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. Setiap ahli keluarga tidak boleh menjadi seperti kera sumbang,hidup umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Soal penyelesaian masalah tidak seharusnya diserahkan seluruhnya kepada ibu bapa yang merupakan ketua keluarga, sebaliknya setiap ahli keluarga juga hendaklah berganding bahu dan turut mengemukakan pendapat masing-masing tentang langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada dalam pelajaran atau perkara lain. Sokongan moral daripada ahli keluarga sangat vital dalam menghadapi semua masalah. Maka,sudah terang lagi bersuluh, perbincangan dalam kalangan ahli keluarga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan sekali gus menangkis tuduhan dengan jelas hakikat ini. Secara deduksinya, pelbagai uslub dan prakarsa seyogianya diimplementasikan demi mencapai matlamat untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Dengan kombinasi usaha yang cukup padu daripada semua pihak, sudah tentu hubungan kekeluargaan yang baik mampu dibina agar berjalan seiringan dengan pemodenan hari ini kerana bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus. So,ape pendapat korang?? Mungkin karangan ni taklah se-bombastik mana, tapi itu la yang mampu KC buat. Apa?? Tak dengarlah.. ade kesalahan tatabahasa ke?? Hm,kalau korang ade pendapat pasal karangan KC ni c0mment je k. Labels: Sek0lah ZhouMi Saturday, 9 July 2011 | 7:57 am | 0 comments
Let me intr0duce the 'Miss ZhouMi.. k0wang knal x?? Sape yg berani kate x kenal tu?? ny la ZhouMi,pengasas bl0g ny.. (Saya la tu.. huhu) NAZURA UMIDA BT TUMIRAN.. pena jumpe nama uh?? mesty xpena kan?? s0,,bet0lla cakap ZhouMi,kn?? (ZhouMi x menipu tw) 27 Julai,x sabarnye nk tunggu tarikh uh,, Kenape?? Sebab bufday ZhouMi la.. hari paleng bermakna sepanjang hidup,, thank y0u mama & abah.. s0,,siape sbnanye ZhouMi ny?? ape yg bole ZhouMi bgtw,i'm a perfect.. perfectly unkn0wn pers0n with unarranged teeth & weird smile.. s0wang yg talkative, x suka dicabar ... Baek ke?? itu,,korang nilailah sendiri ye.. sebab Cikgu & parents ZhouMi cakap,, TIADA ORANG BAIK YANG AKAN MENGAKU DIRINYA BAIK,, & TIADA ORANG JAHAT YANG AKAN MENGAKU DIRINYA JAHAT.. Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ | 12:23 am | 0 comments
kalau korang fren setia KC kat Faceb0ok,, mesty korang twu ape moment tersebut..it is KUIZ MUTIARA FELDA peringkat negeri kt Pahang 22 - 24 Julai ny.. (Alhamdulillah) s0,,tahniah kepada rakan2 sperjuangn iaitu Nur Izzati Rozman,, Muhammad Nur Hakym & Arif farhan.. kalau x krana usaha kita semua,,benda ny mesty xkn blaku.. korang memang superb r! m0od: happy tahap gaban sampai xtwu ape nk dtulis lagi... tak sabarnya nk bagitau my parents.. Labels: Sek0lah ZhouMi | 12:07 am | 0 comments
ayat cliche yg mesty korang akan jumpa setiap kali visit mne2 blog kn?? s0,,KC nk ubah skit.. ANNYE0NG HASEY0 VISIT0R2 SAYA(!) huhu,,walaup0n x lah segempak mane,,tapi ia ikhlas dr hati.. (ceh..) kalau korang perasan,,iny blog ke2 ZhouMi,, yg lama tu dah hanc0,, s0,, res0lusinya,, lahirlah bl0g ZhouMiRainbow ny. . SeLalu2 lah jenguk ye . . . Labels: ZhouMi punye st0ry ♥ |